diriku..

My photo
isteri kepada seorang pelaut, Mohd Sabirin Mohd Noor... ibu kepada Allahyarham Muhammad Safiy Naqiuddin Mohd Sabirin... tapi QQ dah aman di syurga... Allah lebih sayangkn dia.. m'jadi pengurus rumahtngga sepenuh masa... tempat peberet kat umah, dapur comel....

Thursday, January 19, 2012

TAHNIAH BABANG!

Alhamdulillah, tahniah babang atas kejayaan demi kejayaan yg dikecapi. semoga babang terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Terima kasih pada keluarga n kawan2 yang mendoakan kejayaan suami saya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Wassalam..

Thursday, January 12, 2012

SEAFOOD SOM TAM


Resepinye ......

udang, sotong, isi ketam (rebus kejap-agak2 lembut)
soon (rebus)
tomato- hiris 
bawang merah@besar hiris halus
cili api - ikut nak pedas mane
sos cili thai
sos ikan
daun sup-hiris halus
air limau nipis


gaul soon,bwg,tomato,cili api.tambah seafood, sos ikan (sikit jek) n air limau.. gaul sampai sebati. last sekali baru letak sos thai n daun sup. gaul lagi... tambah ape yg patut (gula n garam sikit)


mase rebus seafood tu ltk garam sikit kat air...

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Melangkah ke 2012

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua... Semoga kita semua sentiasa berada dibawah dilindungan dan rahmat Allah hendaknya... bnyk peristiwa n pengalaman suka duka sepanjang 2011. Yang baik di jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Insya Allah pengalaman pahit manis itu dapat mematangkan kita semua.

Hari ni dah masuk hari ke 3, 2012. Sekarang ni kami ade kat wisma pelaut. Menemani encik suami, esok kul 10 pagi ade oral test. Ya Allah, berilah ketenangan kepada suamiku Mohd Sabirin bin Mohd Noor untuk menjawab soalan yg diberi dgn jawapan yg tepat dan sempurna. Buat suamiku, semoga berjaya! Insya Allah, Allah tak akan hampakan hambaNya yang sudah berusaha.

gud luck my luv!


Setakat ni aje untuk kali ini. Semoga kawan2 semua mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam.


Thursday, December 29, 2011

LAKSA JOHOR


Bahan untuk kuah :

1 kg ikan kembung } direbus, ambil isi dan blend - stok simpan
200 gram udang }

400 ml santan pekat - dicampur dengan stok udang/ikan

1 biji bawang besar }
3 batang serai }
3 cm halia }
3 ulas bawang putih } dikisar halus dan dicampur dgn 5 @ 6 sudu cili kisar
2 cm lengkuas }

3 @ 4 sudu kerisik } digaul
3 sudu rempah kari ikan }

Asam keping, minyak, garam dan gula.

Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak. Masukkan kerisek dan rempah kari yang telah digaul. kacau rata. Masukkan asam keping, isi ikan dan udang yang telah diblend tadi. Kacau lagi. Masukkan santan yang telah dicampur dengan stok ikan dan udang tadi. Kacau sampai mendidih. Perasaka dengan garam dan gula.

1 kotak spagethi direbus. Tambah sedikit minyak dan garam. Toskan.

Bahan ulaman :

Taugeh, kacang panjang, daun kesum, daun selasih, limau sambal, timun bawang.
Sambal belacan (lada merah, belacan, gula)

Selamat mencuba.

* terima kasih buat Puan Noraini Ismail kerana sudi berkongsi resepi.

Tuesday, December 27, 2011

ASAM PEDAS TETEL



Bahan-bahan :

1 kg daging tetel - rebus sampai lembut
3 batang serai - dititik
2 kuntum bunga kantan
segenggam daun kesum
1 biji tomato - belah 4
2 keping asam keping
air asam jawa secukupnya
semangkuk cili kisar
garam
minyak untuk menumis


Bahan tumbuk

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit lengkuas


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak n tumis bahan tumbuk, serai dan cili kering hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging tetel n tambahkan air secukupnya. 
3. Masukkan air asam jawa dan asam keping. 
4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biar menggelegak.
5. Masukkan tomato n tambah garam.
6. Kalau suka tambahkan sedikit lada hitam. Da siap....


* rujukan : MAJALAH RASA edisi 124 ( November 2011)

Friday, December 23, 2011

HARI TERAKHIR DI BUMI TERENGGANU

Assalamualaikum...

Sekarang jam 04:24 pagi waktu mesia...  saya masih sibuk mengemas... dapur dah settle. baju da settle. tinggal nk nyapu n ngemop jek.... jap2 lagi la... nak luruskan tulang belakang jap....

Ya Allah.. pantas sungguh masa berlalu. hampir 6 bulan kami bermastautin di bumi terengganu. Macam2 pengalaman suka duka sepanjang berada di sini. Yang pastinya, babang telah mencurahkan segala penat lelah demi masa depan kami. Tidak terbalas jasanya memerah otak demi sesuap nasi dan rezeki halal untuk kami. Terima kasih sayang... 

Menitis air mata bila mengenangkan jam2 terakhir berada di rumah sewa ni. lebih2 lagi nak tinggalkan 'baby' kesayangan kami. Belum puas nak bermanja... rasa nak bawak balik jek.. tapi memandangkan perjalanan yang jauh kami terpaksa meninggalkan mereka meneruskan perjuangan hidup sbg 'survival' di bumi Allah di sini. Ya Allah jangan lah engkau putuskan rezeki untuk mereka2 yg sangan comel dan manja ini... 

Syukur Alhamdulillah bakal penyewa seterusnya sanggup nak pelihara mereka. semoga 'baby' x nakal2 dengan tuan baru. Yang pasti kami akan merindui mereka... 

Insya Allah satu hari nanti kami akan datang lagi. harap2 masa tu nanti 'baby' masih kenal dengan kami. Ya hidup mesti diteruskan.. Terima kasih Ya Allah kerana beri kesempatan pada kami untuk bermanja dengan mereka.


BUBU
                                                                               


MEYONG



TETEH

1st day adoption

* yang ekor pintal tu BUNTAT.... dia da mati pada hari ke 3 diangkat. sebab kene langgar lari. hukhukhuk...

Buat BUBU semoga selamat melahirkan baby yang comel2... x sempat nak tunggu dia besalin. hukhukhuk...

Buat MEYONG jangan nakal2.... jangan gigit TETEH.... jaga BUBU n adik2 ye...

Buat TETEH semoga cepat sembuh.... lps ni mkn banyak2 tau... cian da kurus dah...

Maaf andainya entry ni buat anda menyampah. tapi inilah sisi peribadi saya yang sangat sayangkan KUCING. 

Akhir sekali terima kasih buat semua warga terengganu yang menerima kedatangan kami. buat kawan2 seperjuangan, semoga semuanya berjaya dengan cemerlang, Insya Allah. Terima kasih buat kak Nor.. jiran yang sangat baik hati... selalu anta makanan untuk kami... lps ni mesti rindu nk makan makanan terengganu. kene masak sendiri la lps ni.. huhuhu.... terima kasih buat kawan2 isteri yg menemani suami semasa kat sini... ma, yan, nurul... akan kuabadikan kenangan itu...



Ok lah, nak sambung mengemas... semoga bertemu di lain masa. Semoga perjuangan kami diberkati Allah.

Wassalam.

Monday, December 19, 2011

waduhhhhhhhh...........

Assalamualaikum


Ya Allah da tinggal 13 hari je sebelum kita melangkah ke tahun baru 2013M... tahun 1432H dah 22 hari berlalu.... semoga apa yang kita azamkan dah 90% tercapai, Insya Allah.


okeh... x mo cite pasal azam yek, nnt x de entry tahun baru plk..... ekekekekeke.....


sementara ade mase lagi ni, saya nak cuba habiskan entry pasal resepi2 n masakan saya sepanjang tahun ni.... tp yg ingt je la ek.... yang x ingt kite repeat tahun depan...


so..... jgn la boring n meluat kalau hari2 ade entry lauk pauk yg x seberapa dr saya yek..... niat di hati cuma nak berkongsi resepi bukan utk menunjuk2... rezeki tu semua dari Allah... mudah mudahan bermanfaat untuk kita semua, Insya Allah...


ok selamat menjamu mata di catatan seterusnya.... wassalam....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...