diriku..

My photo
isteri kepada seorang pelaut, Mohd Sabirin Mohd Noor... ibu kepada Allahyarham Muhammad Safiy Naqiuddin Mohd Sabirin... tapi QQ dah aman di syurga... Allah lebih sayangkn dia.. m'jadi pengurus rumahtngga sepenuh masa... tempat peberet kat umah, dapur comel....

Thursday, June 9, 2011

HOME MADE CHOCOLATE

Alhamdulillah, akhirnye arini berjaya jugak aku buat coklat kat umah... ekeke... sungguh seronok rasenye... ekceli tatau nak buat ape tok bwk g umah mak cik esok.. tetibe terfikir plk nak buat cekelet ni.. bole bg kat budak2.. tapi simple jek.. x reti lagi nak mendeko2 bagai... cukup la untuk santapan budak2 esok.. harap2 dorang suke... arrrgggghhhhhhhh takotnye nk tunggu komen budak2 tu.. sbb selalunye budak2 x reti menipu kan??? x pe la, lagipon tanpa komen kite x kan tau mane kelemahan kite kan? da hepi2 buat cekelet tu lupe plk nak snap gambo setiap step.. yang ade gambo ni je ha... cekelet yang da siap... sowiiiii.... len kali bole buat lagi... nnt mesti amik gambo setiap step tu.. ekeke...

tatabear choco.. ekeke...

tapi macam x berape meriah ek... pasni nak beli kaler kuning, pepel, oren, merah.. ape lagi ek... ooo cecube tgk gambo belon ni... kene carik semua kaler mcm belon ni.. baru meriah ek... ekekeke...

meriahhhhhnnyyyeeeeeeeee......

Ekceli buat coklat ni x de la susah sgt, x de la senang sangat... yang sedang2 aje.. mungkin memerlukan kesabaran sedikit.. ekeke... kalau nak cuba ni resepi ngan cara2 dia yek...

Bahan2 nye :

Compound choc brand Beryl's (dijamin Halal), carik la dark choc ngan white choc. 
Pewarna n perisa yang dibenarkan.. he3..
Hazelnut / badam / kismis / soft jelly / filling ape2 (beli jek kat kedai brg kek tu)

Cara2 nye :

Cairkan cekelet (double boil).. pastu yang cekelet putih tu bole la ltk kaler n rase yang disukai..
Paipkan sikit cekelet dlm choc mould, hentak2 sikit supaya x de ruang angin kat mould tu..
sejukkan kejap dlm esbok.. pastu letak filling / kekacang tu... pastu paipkan lagi cekelet sampai menutupi 
inti tadi tu.. pastu sejukkan lagi sampai cekelet tu btl2 keras... 
Dan akhirnya terhasil la cekelet yang kite buat kat umah... ekeke..


Wednesday, June 8, 2011

give ur tummy a short break!

Assalamualaikum. rasenye da lame x de cite masak2 ek... ekceli sesi berdiet yang terbengkalai da start dkt sebulan la jugak. dan sekarang ni usaha harus digiatkan lagi untuk mencapai target dalam mase kurang dr 2 bulan ni.. ekeke... so no more pondok2.. kalau masak pon sbb da x thn sangat la tuh.. huhuhu... 

Target lagi 3 kg jek.. tapi bole ke dlm mase singkat nih??? huhuhu.... I CAN DO  IT! yeah!!!! nak x nak mmg kene bolehkan jugak.. sambil2 berdiet tu boleh la biasa2 kan diri dgn berpuasa sunat. bulan Ramadhan x lame dah lagi.. nnt x de la tekejut perut tu... he3... 

Untuk menghilangkan keboringan dan kemengongan (sbb rindu rinduan).. isi la mase lapang dgn ektibiti lain... babang suggest buat sinopsis citer2 korea n jepon yang da tgk tu... ok jugak kan... tapi tatau bile nak start.. dan citer yang mane nak strt dulu... he3... so nnt jgn la pelik eh tetibe entry lari tajuk.... ekeke... okessss... tunggu entry seterusnyeeeee......... kita laksanakan yang wajib dulu. Solat Subuh yok! 

Wassalam.

Thursday, June 2, 2011

Selamat Menyambut Bulan Rejab

Assalamualaikum. hari ni da masuk 1 Rejab. lepas ni Sya'ban, pastu Ramadhan. semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk memperbanyakkan ibadah. Ya Allah ruginye x dapat nak puasa sunat esok. pada kawan2 lain yang dapat berpuasa tu, Alhamdulillah.. Tahniah. semoga diberi keberkatan oleh Allah. kat bawah ni ade sedikit sisipan utk kawan2... moga kita semua dapat memanfaatnya bersama2, Insya Allah.


KELEBIHAN BULAN REJAB 

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: 
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. 

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. 

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). 

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. 

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. 

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. 

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali: 

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. 
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. 

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. 

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada 
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu 
kejahatan. 

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. 

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan 
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan 
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. 

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, 
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) 

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. 

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. 

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. 

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. 

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu 
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. 

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. 

REJAB bulan menabur benih. 
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADHAN bulan menuai. 

REJAB menyucikan badannya. 
SYA'ABAN menyucikan hatinya. 
RAMADHAN menyucikan rohnya. 

REJAB bulan taubat. 
SYA'ABAN bulan muhibbah. 
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 

Wednesday, June 1, 2011

Bawal suwitttttt....

2nd batch 4 on 31st May (1st btch td siang)

Bahan2 nye :


  • Ikan bawal hitam
  • semangkuk campuran carrot, tomato, timun yang dipotong dadu..(kalau suke bole letak nenas)
  • dua sudu besar sos cili, sos tomato, sos tiram
  • 3 biji bawang merah n 2 biji bwg puti ditumbuk
  • 5 biji cili padi dipotong kecit2..
Cara2 nye :
  1. Goreng ikan dengan kunyit pastu ketepikan. 
  2. Tumis bawang. pastu masukkan campuran carrot, tomato timun.
  3. Tambahkan air. Pastu masukkan sos dan cili api.
  4. Tutup kuali supaya bahan cepat empuk...
  5. da siap tuang kat ikan. 
Jangan letak garam yek.... sbb sos tiram da cukup masin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...