diriku..

My photo
isteri kepada seorang pelaut, Mohd Sabirin Mohd Noor... ibu kepada Allahyarham Muhammad Safiy Naqiuddin Mohd Sabirin... tapi QQ dah aman di syurga... Allah lebih sayangkn dia.. m'jadi pengurus rumahtngga sepenuh masa... tempat peberet kat umah, dapur comel....

Tuesday, January 11, 2011

Kari Kepala Ikan Merah


Bahan-bahan :

1 keping kepala ikan merah (ikan lain pon bole)
2 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia - hiris halus
kayu manis, bunga lawang dan lada putih
1 bungkus serbuk kari ikan
2 sudu besar serbuk cili
1 biji santan pekat
5 batang bendi
1 biji tomato dipotong empat
5 bilah daun kari
air asam jawa ikut suka, kalau masam lagi best
garam
minyak untuk menumis


Cara-caranya :

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia serta kayu manis, bunga lawang dan lada putih sampai naik bau. Masukkan daun kari. Campurkan air asam jawa dengan serbuk kari dan serbuk cili api. Kemudian masukkan dalam tumisan bawang tadi. Masukkan santan sedikit. Biar mendidih. Masukkan bendi dan tomato. Bila bendi da separuh masak, masukkan lebihan santan tadi. Biar sebati dengan rempah tadi. Kalau pekat sangat tambah air sikit. Akhir sekali masukkan kepala ikan merah tadi dan seimbangkan rasanya dengan garam. Selamat mencuba.

Sunday, January 9, 2011

Masak Lemak Jantung Pisang


Bahan-bahan :

1 biji jantung pisang
1 helai daun kunyit
1 batang serai
1 biji kelapa, amik santannya aje
asam jawa

Bahan tumbuk :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
11 biji cili api
sedikit ikan bilis

Cara-caranya :

1. Rebus jantung pisang sampai lembut. Hiris daun kunyit. ketu serai...
2. Tumis bahan tumbuk dan serai, masukkan santan dan asam jawa.
3. Bila santan da masak masukkan jantung pisang yang dah dipotong kecik2... pastu masukkan daun kunyit. Seimbangkan rasanya dengan garam. Da siap...

Wednesday, January 5, 2011

Kek Coklat Kukus

khas untuk babang
Bahan-bahannya :

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat 250ml
2 biji telur size M
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila

* choc ganache dia tu senang jek. double boil cokelet masakan pastu curah jek atas dia...

Cara-caranya :

1. Pukul gula, telur dan margerin sampai kembang pastu masukkan esen vanila.
2. Ayak serbuk koko, tepung dan baking powder pastu masukkan sikit-sikit dalam adunan telur.
3.masukkan susu kotak, susu pekat dan minyak. Gaul sebati..
4. Masukkan dalam loyang, tutup guna aluminium foil.
5. Kukus 45 minit....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget