Assalamualaikum...
Sekarang jam 04:24 pagi waktu mesia... saya masih sibuk mengemas... dapur dah settle. baju da settle. tinggal nk nyapu n ngemop jek.... jap2 lagi la... nak luruskan tulang belakang jap....
Ya Allah.. pantas sungguh masa berlalu. hampir 6 bulan kami bermastautin di bumi terengganu. Macam2 pengalaman suka duka sepanjang berada di sini. Yang pastinya, babang telah mencurahkan segala penat lelah demi masa depan kami. Tidak terbalas jasanya memerah otak demi sesuap nasi dan rezeki halal untuk kami. Terima kasih sayang...
Menitis air mata bila mengenangkan jam2 terakhir berada di rumah sewa ni. lebih2 lagi nak tinggalkan 'baby' kesayangan kami. Belum puas nak bermanja... rasa nak bawak balik jek.. tapi memandangkan perjalanan yang jauh kami terpaksa meninggalkan mereka meneruskan perjuangan hidup sbg 'survival' di bumi Allah di sini. Ya Allah jangan lah engkau putuskan rezeki untuk mereka2 yg sangan comel dan manja ini...
Syukur Alhamdulillah bakal penyewa seterusnya sanggup nak pelihara mereka. semoga 'baby' x nakal2 dengan tuan baru. Yang pasti kami akan merindui mereka...
Insya Allah satu hari nanti kami akan datang lagi. harap2 masa tu nanti 'baby' masih kenal dengan kami. Ya hidup mesti diteruskan.. Terima kasih Ya Allah kerana beri kesempatan pada kami untuk bermanja dengan mereka.
 |
BUBU |
 |
MEYONG |
 |
TETEH |
 |
1st day adoption |
* yang ekor pintal tu
BUNTAT.... dia da mati pada hari ke 3 diangkat. sebab kene langgar lari. hukhukhuk...
Buat BUBU semoga selamat melahirkan baby yang comel2... x sempat nak tunggu dia besalin. hukhukhuk...
Buat MEYONG jangan nakal2.... jangan gigit TETEH.... jaga BUBU n adik2 ye...
Buat TETEH semoga cepat sembuh.... lps ni mkn banyak2 tau... cian da kurus dah...
Maaf andainya entry ni buat anda menyampah. tapi inilah sisi peribadi saya yang sangat sayangkan KUCING.
Akhir sekali terima kasih buat semua warga terengganu yang menerima kedatangan kami. buat kawan2 seperjuangan, semoga semuanya berjaya dengan cemerlang, Insya Allah. Terima kasih buat kak Nor.. jiran yang sangat baik hati... selalu anta makanan untuk kami... lps ni mesti rindu nk makan makanan terengganu. kene masak sendiri la lps ni.. huhuhu.... terima kasih buat kawan2 isteri yg menemani suami semasa kat sini... ma, yan, nurul... akan kuabadikan kenangan itu...
Ok lah, nak sambung mengemas... semoga bertemu di lain masa. Semoga perjuangan kami diberkati Allah.
Wassalam.