diriku..

My photo
isteri kepada seorang pelaut, Mohd Sabirin Mohd Noor... ibu kepada Allahyarham Muhammad Safiy Naqiuddin Mohd Sabirin... tapi QQ dah aman di syurga... Allah lebih sayangkn dia.. m'jadi pengurus rumahtngga sepenuh masa... tempat peberet kat umah, dapur comel....

Thursday, December 29, 2011

LAKSA JOHOR


Bahan untuk kuah :

1 kg ikan kembung } direbus, ambil isi dan blend - stok simpan
200 gram udang }

400 ml santan pekat - dicampur dengan stok udang/ikan

1 biji bawang besar }
3 batang serai }
3 cm halia }
3 ulas bawang putih } dikisar halus dan dicampur dgn 5 @ 6 sudu cili kisar
2 cm lengkuas }

3 @ 4 sudu kerisik } digaul
3 sudu rempah kari ikan }

Asam keping, minyak, garam dan gula.

Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak. Masukkan kerisek dan rempah kari yang telah digaul. kacau rata. Masukkan asam keping, isi ikan dan udang yang telah diblend tadi. Kacau lagi. Masukkan santan yang telah dicampur dengan stok ikan dan udang tadi. Kacau sampai mendidih. Perasaka dengan garam dan gula.

1 kotak spagethi direbus. Tambah sedikit minyak dan garam. Toskan.

Bahan ulaman :

Taugeh, kacang panjang, daun kesum, daun selasih, limau sambal, timun bawang.
Sambal belacan (lada merah, belacan, gula)

Selamat mencuba.

* terima kasih buat Puan Noraini Ismail kerana sudi berkongsi resepi.

3 comments:

  1. Wah akak norita penggemar laksa ke..? i loike :)

    ReplyDelete
  2. a'ah maiza... very2 suke.... ekekeke.... abg kalo sign off laksa la mknn pertama dia nk mkn. akk plk kalo balik umah mak mmg request laksa dulu.... tetiba jek rase cam nk mkn laksa... muahahaha...

    ReplyDelete
  3. akk udah lame tidak rase masakan akk nie...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...