diriku..

My photo
isteri kepada seorang pelaut, Mohd Sabirin Mohd Noor... ibu kepada Allahyarham Muhammad Safiy Naqiuddin Mohd Sabirin... tapi QQ dah aman di syurga... Allah lebih sayangkn dia.. m'jadi pengurus rumahtngga sepenuh masa... tempat peberet kat umah, dapur comel....

Saturday, December 25, 2010

Udang lada hitam

cuba manfaatkan apa yang ada dalan fridge. ada sayur lebih buat tomyam haritu ngan udang sikit. so bole buat menu tambahan tuk makan malam. hasilnya...





Bahan bahannya :

1 mangkuk udang
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 batang saderi - dihiris
1/2 batang lobak merah - dihiris
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara-caranya :

Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Kemudia masukkan udang. Gorengkan udang sekejap. masukkan batang saderi dan lobak merah. Masukkan sos tiram dan air. Akhir sekali masukkan lada hitam. Biar sekejap je pastu da boleh angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...